Saturday 4 February 2012

BERSUJUD PADA MU YA ALLAH

Assalammualaikum dan Salam Maulidul Rasul buat semua umat Islam di muka bumi ini. Hari ni Iqbal rasa sebak sangat sehingga airmata boleh menitis. Rasa nak sangat bertaubat, buat qiamulail, solat taubat and mengaji waktu pagi-pagi. Sebenarnya Iqbal rasa nak berubah menjadi yang lebih baik, lebih mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdullilah atas nasihat dan motivate seorang kawan, Iqbal dah berubah sedikit demi sedikit. Dia selalu bercerita mengenai pengalaman beliau memotivasikan minda dan hatinya. Betapa interesting nya cerita dia, sangat menambat hati Iqbal untuk berubah. Lepas je dapat motivasi dari dia, terus rasa sebak dan teringat semua kesalahan Iqbal. Sempena kelahiran Nabi Muhammad ini, marilah kita sebagai seorang muslim berubah dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


"YA ALLAH KAU AMPUNKAHLAH SEGALA DOSA DAN KESALAHAN HAMBA MU INI, KAU TERIMALAH DIRI HAMBA MU, YA ALLAH AKU BERSERAH KEPADAMU, ANDAINYA AKU BERPELUANG UNTUK BERUBAH KAU BUKA LAH PINTU HATI KU, DAN ANDAI SEBALIKNYA KAU JAUHKAN LAH AKU DARI AZAB MU, AMIN"


Sampai sini saja perkongsian kita, InsyaAllah akan diupdate lagi. Wasalam.

No comments:

Post a Comment